Tuesday, May 24, 2011

POLITIKAMPUNG: Nasib Guru Bukan dari Sekolah Kluster

POLITIKAMPUNG: Nasib Guru Bukan dari Sekolah Kluster: "Baru-baru ini D.S Najib telah mengumumkan 'durian runtuh' kepada guru-guru sempena menyambut hari Guru. Rami guru-guru yang ternanti-nanti a..."

Nasib Guru Bukan dari Sekolah Kluster

Baru-baru ini D.S Najib telah mengumumkan 'durian runtuh' kepada guru-guru sempena menyambut hari Guru. Rami guru-guru yang ternanti-nanti apakah imbuhan dari pihak kerajaan yang bakal mereka peroleh. Namun setelah diumumkan ternyata yang gembirnaya mungkin 10 peratus, yang lainnya hanya mengeluh..
Ramai rakan-rakan saya yang menjadi lilin yang membakar diri rasa terbakar sangat mendengar pengumuman tersebut. Kenaikan pangkat hanya pada guru dari sekolah kluster. Hmm.. terfikir sejenak, untungnya saya ditempatkan di sekolah kluster..pada yang sekolahnya kluster... dan ruginya pada yang ditempatkan di sekolah biasa. Dulu satu jenis imbuhan juga diumumkan, namum yang gembiranya hanyalah guru besar sekolah cemerlang. Guru lainnya terpaksa bertungkus lumus demi imbuhan guru besar. Aduhhhh.. D.S Najib, bagi saya ini tidak haruslah terjadi...yang kaya dikayakan lagi, yang kuat kerja terus tidak diktiraf. Kejayaan sesuatu sekolah itu bukan hanya bergantung kepada guru besarnya sahaja namun dari sekecil-kecil pak cik tukang kebun juga memainkan peranan dalam kejayaan seseorang murid. Kita gusar sekiranya pemberian ini tidak diberi dengan seadil-adilnya akan lunturlah semangat atau api yang membakar lilin itu. Saya berkata begini kerana kejayaan seseorang pelajar itu dicetuskan bukan pada guru besarnya sahaja atau guru darjah enam atau guru tingkatan lima mahupun tingkatan enam sahaja. Kalau dilihat dari mana pelajar itu mengenal huruf, nombor dan ejaan awalnya kita haruslah berterima kasih pada guru pra- sekolahnya. Kemudiannya, bagaimana pelajar itu mula pandai membuat karangan atau mengira diperingkat tinggi, kita haruslah berterima kasih pada guru darjah satu hingga darjah enam dan seterusnya ke tingkatan enam. Di sini, kita dapatlah menyatakan bahawa semuanya terlibat dalam proses awal pembelajaran hingga pelajar tersebut berjaya. Maka untuk hanya kita memberi 'reward' pada individu tertentu itu adalah bagi saya, kurang adil. Saya melihat bagaimana rakan saya seorang guru pra-sekolah terpaksa menggunakan wang ringgit beliau untuk membeli itu dan ini kerana sekolah sering berkata, tiada wang... Bagi saya, itu satu pengorbanan besar kerana bagi sesetengah individu, lebih baik wang itu digunakan untuk diri atau keluarga namun ramai yang tidak tahu guru terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk pelbagai benda dan tujuan. Kadang-kadang terpaksa berkorban masa dan wang ringgit untuk menghantar anak-anak murid bertanding itu dan ini di luar sekolah.
Maka saya dengan rendah hati dan semangat 1 Malaysia amat berharap agar D.S Najib dan kumpulan pemikirnya(think tank) melihat dan menyemak kembali tentang isu ganjaran ini keran tidak semua guru meminta diletakkan di sekolah kluster atu tidak. Tidak semua guru diupah setimpal apa yang dilakukan. Tidak semua guru mendapat perhatian atau ganjaran yang sepatutnya dia peroleh. Kejayaan seseorang murid atau sesebuah sekolah itu terletak pada semua faktor yang mendorongnya bermula dari pengawal sekolah, tukang kebun, guru , kerani , guru besarnya, sokongan PIBG nya dan akhir sekali prihatin kerajan memerintah.

Friday, May 20, 2011

Filem Malaysia

Laporan dari radio menyatakan filem Kongsi telah berjaya mengutip sebanyak RM6.5 juta dan satu lagi filem genre hantu Momok, kalau tak salah saya hanya mengutip setengah juta. Kalau dilihat dari sudut genre, filem hantu memang mendapat empat dikalangan penonton namun dengan kehadiram Sam dalam Konsi telah berjaya menarik minat penonton untuk menontonnya. Sekiranya diletak pelakon lain mungkin agak kurang hasil kutipannya.
Di sini ianya menampakkan trend siapa pelakon dalam sesebuah filem itu merupakan satu faktor utama dan penting dalam pembuatan filem. Walau sebaik mana filem itu dihasilkan, tanpa watak seseorang itu, filem itu tidak akan muncul atau memberi signifikan dalam kenaikan jualan tiket. Kita masih menunggu filem Pasir salak yang terbantut penggambarannya. Bukan jalan cerita atau siapa pengarahnya yang akan menjamin kelarisannya tapi pendokong watak dalamnya amat penting dalam muningkatkan hasil jualan tiket sesuatu filem itu.
Kita amat berharap dalam memartabatkan filem kita semua elemen-elemen baik kini dikekal atau kebanyakan elemen-elemen yang kurang isinya pertambahkan lagi dengan elemen kebudayaan dan sosio ekonomi baik drp
golongan tua mahupun muda, kaya mahupun miskin. Namun pastikan walaupun ianya satu proses pengajaran kepad penonton ianya haruslah dilakukan dengan melihat statistik filem mengikut mood penonton. Namun kepuasan tidaklah dapat dihamburkan pada semua ,cuma jika ada yang terlalu bodoh lakonan atau lawaknya kita cubalah sorok-sorokkan agar tidak malu di kemudian hari!.

Thursday, May 19, 2011

Malaysia , Pelancongan dan Informasi

Berita terbaru yang saya dengar dari rakan Jepun di Akita, terdapat ramai yang ingin menyertai program 'Long Stay' di Pulau Pinang namun kurang informasi. Ini telah menyebabkan rakan saya seorang warga Jepun pulang ke Jepun untuk memberi penerangan tentang program ini khususnya dan penerangan tentang Malaysia umumnya.
Ini memang saya akui benar kerana ketika saya di negara Jepun selama lebih kurang 5 tahun, informasi pelancongan khususnya tentang Malaysia amatlah kurang. Kalau ada pun bukan dari inisiatif pihak Malaysia di Jepun tetapi usaha syarikat pelancongan atau agensi mereka seperti JTB dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia di Jepun selain dari kami sendiri memberi makluman serta melakukan kempen tentang Malaysia sekiranya ada masa dan ruang, maklumat hebahan dari pejabat pelancongan Malaysia di Jepun amatlah susah diperoleh. Kita tahu bahawa kuasa beli rakyat Jepun sememangnya amat tinggi dan bagi mereka untuk melancong ke Malaysia amat mudah. Cuma yang perlu ada maklumat yang sering di 'update'. Amatlah memalukan maklumat tentang negara lain seperti Vietnam, Kemboja mahupun Myanmar lebih mudah dan banyak diperoleh.
Saya amat berharap agar usaha yang lebih banyak perlu dilakukan dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Ng Yen Yen kerana beliau nampaknya bertungkus lumus mengadakan pelbagai sumber tentang Malaysia untuk dipromosi dan dikongsi. Laman sesawang Facebook juga telah diberi wajah baru dan dilancarkan semalam dan bagi saya usaha-usaha seperti ini harus diteruskan atau...beri saja tugas pegawai pelancongan di Tokyo itu pada saya, tahulah saya menaikkan KIP/KPI pelancongan Jepun di Malaysia. Usaha yang saya dan rakan-rakan sedang lakukan adalah dengan mempromosikan Malaysia pada sekolah-sekolah , kolej dan universiti di Jepun kerana kita tahu mereka ada program lawatan luar negara setahun sekali. Malaysia boleh dijadikan bukan saja tempayt pelancongan namun pusat pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa. Saya menawarkan selain dari bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, bahasa Arab dan lain-lain bahasa Eropah. Ini dapat menarik para pelajar yang ingin belajar sambil melancong. Ini adalah sebilangan kecil usaha yang telah kami jalankan dan akan kami kembangkan lagi. Kita amat berharap agar yang berada di kementerian pelancongan atau agensi-agensi berkaitan akan lebih berusaha, bukan pergi melihat, mendengar komen tanpa ada apa-apa tindakbalas yang efektif. Demi Malaysia dan pembangunan malaysia, ayuhlah kita berusaha bersama-sama. Kenali Malaysia, Cintai Malaysia.

Nur Kasih...Satu Anjakan Perfileman Malaysia

Tarikh 19 May merupakan satu tarikh keramat bagi penggemar filem Melayu dengan pelancaran filem Nur Kasih. Saya sendiri salah seorang yang mengikuti sequal drama ini yang saya anggap satu drama yang telah mengangkat taraf drama Melayu selain dari filem-filem Tan Sri P.Ramlee dan Yasmin Ahmad yang saya anggap Tok Guru dalam bidang seni lakon Malaysia. Walaupun pengarah Khabir Bhatia bukannya dari Malaysia, kita beruntung beliau sanggup berkolobrasi dengan kita dan sedikit sebanyak ilmu yang ada itu dicurahkan pada anak-anak Malaysia dan inilah yang Tun Che Det sering menyatakan perkongsian pintar.
Tiada apa yang luar biasa dalam Nur Kasih, cuma satu cerita mudah yang mempunyai magisnya, mengajak kita merenung kembali tentang nilai-nilai Islam, kekeluargaan dan nafsu.  Tidak dinafikan, kredit juga harus diberikan pada semua watak yang telah berjaya memukau penonton untuk tidak lekang dari kaca televisyen. Kita tiap hari dihamburkan dan dijamukan dengan pelbagai filem. Saya menganggap setiap dari satu filem ini mempunyai nilai-nilai yang terentu. Setiap filem mempunyai kekuatan masing-masing cuma hanya sebilangan yang mampu mencetuskan fenomena ingin menonton itu pada kita. Kita amat berharap ramai lagi bakat-bakat di Malaysia, yang sememangnya anak Malaysia mampu keluar dari kepompong keselesaan atau hanya menghasilkan karya demi wang untuk sama-sama sebaris atau lebih dari Tan Sri P.Ramlee, Yasmin Ahmad, Khabir Bhatia dan tidak terlupa juga Afdlin Shauki yang saya anggap mempunyai magis dalam karya beliau yang mudah, fokus dan banyak mempunyai pengajaran pada kita.
Diharap juga agar Nur Kasih dapat membawa filem Malaysia ke antarabangsa seperti Upin dan Ipin. Diharap juga Nur Kasih mampu membawa penonton mempraktis nilai-nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam intipatinya.

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

16 May adalah hari guru. Ingin saya kalungkan ucapan selamat hari GURU kepada semua guru-guru saya, rakan-rakan keguruan. Pelbagai suka duka menjadi guru adalah satu yang tidak ternilai berbanding penghargaan yang diperoleh oleh seseorang guru itu. Masyarakat ada yang masih mempunyai nilai hormat pada guru, ada yang kurang dan ada yang tiada lansung. Yang tiada lansung itu harus difikir-fikirlah masa lampau yang membentuknya menjadi manusia..sekiranya jadi manusia...
D.S Najib telah mengkategorikan golongan guru kepada 4 bahagian utama yang mana ada pro dan kon bagi saya. Ini adalah kerana manusia tetap manusia...pelbagai kelemahan yang dicari dan dapat dicari. Nilai guru itu bukanlah terletak kepada kategori-kategori ini sekiranya guru itu dianggap lilin yang membakar diri. Resam semua tahu, dan ada yang buat-buat tak tahu walaupun dia tahu, pemilihan guru-guru untuk kenaikan pangkat ini bukannya semua tulus ikhlas atau secara terbuka. Sesetengahnya sememangnya amat layak..namun sesetenganya sekira dinilai dari nilai kerja, tidak pun layak dipanggil guru namun tiba-tiba menjadi guru pendeta... kategori teratas dalam 4 kategori yang diwacanakan oleh D.S Najib. Ini juga tidak dapat dinafikan, atas dasar usaha sipolan itu...bukan mengajar, namun melobi..membodek, mengipas dan sebagainya. Ada yang menjadi 'anak emas' bos atau orang atas kerana rajin menghantar kek harijadi, kad ucapan selamat hari guru, hari raya dan sebagainya... manusia itu kan lemah dipuji, dibodek inikan pula disogok.
Bukanlah saya untuk menafikan apa yang telah diusahakan oleh D.S Najib, namun kita berharap perlaksanaannya itu betul-betul dapat melahirkan insan yang bergelar Guru Pendeta itu agar nilai hormat masyarakat dapat dipulih dan diangkat semula agar para guru yang sememangnya mempunyai niat berkorban untuk mengajar ini dapat diberikan sedikit penghargaan. Bukan nama yang dicari, bukan gelaran yang dipinta namun sedikit hormat sudah cukup menggembirakan jiwa guru yang benar-benar berusaha.
SELAMAT HARI GURU...BUAT SEMUA GURU YANG DIHORMATI.

Saturday, May 14, 2011

Rasuah dan Punca

Saya bertemu dengan seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan berbual mengenai gejala rasuah. Beliau menimbulkan persoalan bahawa kenapa sesetengah yang sudah berpangkat tinggi masih mengambil rasuah sedangkan kalau dilihat dari gajinya sudah atau lebih dari mencukupi.Selalunya pada pandangan beliau orang yang tidak cukup duitlah yang akan senang menerima rasuah.

Jawapan saya pada beliau, tidak kira kaya atau tidak, bergaji tinggi atau rendah, berpangkat tinggi atau rendah ianya bergantung pada iman seseorang, intergritinya, maruahnya dan paling penting tahap aksesnya. Maksud saya sekiranya seseorang itu mempunyai akses yang lebih luas, gejala rasuah ini akan lebih mudah untuk dia terlibat berbanding pada yang aksesnya kurang atau tiada lansung. Contohnya, seorang guru biasa, aksesnya hanya pada anak muridnya. Dia tidak terlibat dalam pemberian tender, penentuan sesuatu belian dsbnya. Sudah tentu akses-akses tersebut pada superiornya yang akan menentukan itu dan ini. Seorang vendor tidak akan membawa hamper atau lain-lain pemberian kepada seorang tukang kebun melainkan si tukang kebun ini mempunyai akses untuk membenarkan barangan beliau digunakan di kebun yang diurusinya.

Kesimpulannya mudah, lagi luas bidang akses atau kuasanya, lebih mudah dia terdedah kepada gejala rasuah ini tidak kira kedudukan dan pangkat. Yang penting kita perlu ingat, ianya adalah najis dan gejala sosial dan rohani yang paling buruk dan hina disisi agama dan dunia. Gunakanlah akses dan bidang kuasa kita dengan ikhlas, tulus dan niat yang suci agar negara Malaysia dirahmati olehNya.

Thursday, May 12, 2011

Makanan dan Pemakanan kanak-kanak Malaysia

Tidak tahu dari mana timbulnya isu makanan dan pemakanan ini sampaikan menjadi isu besar nasional akibat peniaga tidak dapat menjual nasi lemak sekerap yang boleh. Saya salah seorang yang mengambil nasi lemak purata 4 hari seminggu ini merasakan tidak adil nasi lemak dipersalahkan. Banayak lagi makanan lain yang mempengaruhi kadar obes kanak-kanak.
Sewaktu saya di Jepun dahulu, saya dibiasakan dengan cara pemakanan yang diamalkan oleh orang Jepun. Kenapa nyawa orang Jepun ini panjang, dan ini merupakan persoalan yang sering dijawab dengan cara pemakanan dan pengambilan jumlah kalori yang betul. Ini dapat dilihat di hampir semua kantin-kantin terutamanya milik kerajaan dimana setiap makanan ditulis jumlah kalorinya. Maka apabila proses pembelian makanan ini berlaku, masing-masing membeli berpandukan keperluan kalori. Di sekolah pula, boleh dikatakan tiada kantin. Bila tiba waktu rehat, ada pembantu yang membawa makanan ke kelas dan para pelajar akan memakan makanan yang sama yang telah ditetapkan menunya oleh kementerian pelajaran dan kesihatan, dan mereka sama-sama menjamah makanan yang disediakan. Inilah salah satu faktor yang membolehkan Jepun melakaukan revolusi pemakanan seluruh rakyat dan hasilnya, sudah kurang orang Jepun yang tipikalnya rendah atau pendek. Jepun telah dapat keluar dari kepompong saiz badan yang membelenggu mereka dan saya berpendapat,tanpa menyalahkan nasi lemak, kerajaan haruslah memikirkan cara terbaik, profesional dan munasabah dalam menangani isu pemakanan dan makanan di kalangan murid-murid sekolah khususnya. Kasihanilah nasi lemak ini yang boleh dikatakan makanan Malaysia atau Melayu khususnya. Belajar dari negara-negara yang maju bukan dari segi pembangunannya sahaja namun dari pelbagai segi kerohaniannya juga.

Wednesday, May 11, 2011

Politik Kutuk Mengutuk

Sebagai seorang Islam, saya merasakan sesuatu pembaharuan perlu dilakukan agar politik Malaysia, khususnya orang Islam tidak kutuk mengutuk, hina menghina, menamakan seseorang itu dengan pelbagai nama yang jelek. Ini boleh mempamerkan kematangan seseorang itu dalam berpolitik. Walaupun tidak ada garis khas yang membataskan seseorang itu untuk mengeluarkan apa jua kenyataan, namun sebagai seorang Islam, garis panduan khas itu harus ada pada setiap individu yang berlandaskan hukum hakam Islam. Kutuk mengutuk hingga mengaibkan seseorang itu haruslah ditamatkan dan berdebatlah secara profesional, berhemah dan berakademik walaupun sedikit. Kematangan dalam isu yang dikemukakan itu akan menjurus kepada kehebatan seseorang itu dalam menjaja isu sebenar. Bukannya menghina nama orang, mengutuk dengan panggilan yang dibenci orang dan sebagainya.
Kita pula sebagai pendengar yang bermaruah haruslah menegur sekiranya perkara-perkara yang tidak Islamik ini berlaku. Janganlah pula ianya disambut dengan tepukan tanda sokongan kerana sekali kita menyokong, dosa juga dikongsi bersama. Janganlah kita hanya mengaku Islamik namun tindak tanduk kita jauh lebih keji dari puak kafir. Nawaitu itu harus disempurnakan dengan perbuatan yang ikhlas, luhur dan disukai Islam. Wallahualam..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons