Thursday, June 30, 2011

Malaysia vs Taiwan vs Lebanon

Semalam merupakan satu detik indah dalam catatan bolasepak Malaysia yang telah lama ketandusan jaringan dan kehampaan untuk mara ke hadapan. Walaupun kita kalah untuk pusingan timbalbalik di Taiwan dengan 3-2 ,kita menang bermaruah walaupun seri (4-4). Kenapa saya katakan bermaruah adalah disebabkan kita tetap menang walaupun puas pengadil dari Vietnam (yang juga merupakan pengadil sewaktu kita tewas 1-5 ditangan Indonesia) itu memikirkan kemenangan Taiwan dengan anugerah 3 sepakan penalti (satu diselamatkan oleh Ahmad Sharbinee, TAHNIAH!!!) kepada Taiwan. Walaupun sepatutnya Malaysia juga memperoleh tendangan penalti, ianya seolah-olah tidak diambilkisah oleh pengadil Vietnam tersebut. Kita berharap agar Marshal yang sama-sama menonton dapat menilai adakah pengadil Vietnam ini masih layak menjadi pengadil. Mungkin mereka telah dilambakkan dengan sambutan kelas satu oleh persatuan bolasepak Taiwan hinggakan tidak sampai hati melihat tuan rumah kalah di padang sendiri. Tahniah kerana pengadil ini telah memberi kemenangan seperti yang 'dijanjikan', biarpun menang namun kalah pengiraan teknikal..Syabas pada semua pemain Malaysia yang walaupun ditindas oleh ketidakadilan ini namun masih mampu menjaringkan gol-gol yang berprestij serta dapat menyerap tekanan serangan dari pihak Taiwan.
Lupakanlah sebentar episod luka dalam kemenangan ini dan kembali fokus pada perlawanan menentang musuh tradisi kita iaitu Singapura yang penuh dengan pemain import berwarganegarakannya. Singapura bukan calang-calang pasukan terutama apabila menentang Malaysia. Biar kalah dengan Nepal, jangan kalah dengan Malaysia. Namun saya amat percaya diatas kemampuan anak buah Rajagobal ini kerana mereka adalah pemain bolasepak sejati seperti zaman Allahyarham Mokhtar..Mereka tidak gentar dan terpengaruh dengan elemen luar yang sentiasa mengumpan mereka untuk melakukan kesilapan.
Tahniah juga pada pasukan Olimpik kita yang telah berjaya mengikat Lebanon dan menang bergaya di tanahair sendiri. Harapan ke Olimpik biarpun masih samar dapat dicerahkan sekiranya komitmen yang sama ditunjukkan dalam perlawanan akan datang yang pastinya lebih mencabar. Walau siapa lawan kita, biar apa kata mereka, biar besar tubuh mereka, Harimau Malaya tetap ada ramuan kemenangannya. Terus maju! Terus Mara! Teruskan Perjuangan kita!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons