Tuesday, May 24, 2011

Nasib Guru Bukan dari Sekolah Kluster

Baru-baru ini D.S Najib telah mengumumkan 'durian runtuh' kepada guru-guru sempena menyambut hari Guru. Rami guru-guru yang ternanti-nanti apakah imbuhan dari pihak kerajaan yang bakal mereka peroleh. Namun setelah diumumkan ternyata yang gembirnaya mungkin 10 peratus, yang lainnya hanya mengeluh..
Ramai rakan-rakan saya yang menjadi lilin yang membakar diri rasa terbakar sangat mendengar pengumuman tersebut. Kenaikan pangkat hanya pada guru dari sekolah kluster. Hmm.. terfikir sejenak, untungnya saya ditempatkan di sekolah kluster..pada yang sekolahnya kluster... dan ruginya pada yang ditempatkan di sekolah biasa. Dulu satu jenis imbuhan juga diumumkan, namum yang gembiranya hanyalah guru besar sekolah cemerlang. Guru lainnya terpaksa bertungkus lumus demi imbuhan guru besar. Aduhhhh.. D.S Najib, bagi saya ini tidak haruslah terjadi...yang kaya dikayakan lagi, yang kuat kerja terus tidak diktiraf. Kejayaan sesuatu sekolah itu bukan hanya bergantung kepada guru besarnya sahaja namun dari sekecil-kecil pak cik tukang kebun juga memainkan peranan dalam kejayaan seseorang murid. Kita gusar sekiranya pemberian ini tidak diberi dengan seadil-adilnya akan lunturlah semangat atau api yang membakar lilin itu. Saya berkata begini kerana kejayaan seseorang pelajar itu dicetuskan bukan pada guru besarnya sahaja atau guru darjah enam atau guru tingkatan lima mahupun tingkatan enam sahaja. Kalau dilihat dari mana pelajar itu mengenal huruf, nombor dan ejaan awalnya kita haruslah berterima kasih pada guru pra- sekolahnya. Kemudiannya, bagaimana pelajar itu mula pandai membuat karangan atau mengira diperingkat tinggi, kita haruslah berterima kasih pada guru darjah satu hingga darjah enam dan seterusnya ke tingkatan enam. Di sini, kita dapatlah menyatakan bahawa semuanya terlibat dalam proses awal pembelajaran hingga pelajar tersebut berjaya. Maka untuk hanya kita memberi 'reward' pada individu tertentu itu adalah bagi saya, kurang adil. Saya melihat bagaimana rakan saya seorang guru pra-sekolah terpaksa menggunakan wang ringgit beliau untuk membeli itu dan ini kerana sekolah sering berkata, tiada wang... Bagi saya, itu satu pengorbanan besar kerana bagi sesetengah individu, lebih baik wang itu digunakan untuk diri atau keluarga namun ramai yang tidak tahu guru terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk pelbagai benda dan tujuan. Kadang-kadang terpaksa berkorban masa dan wang ringgit untuk menghantar anak-anak murid bertanding itu dan ini di luar sekolah.
Maka saya dengan rendah hati dan semangat 1 Malaysia amat berharap agar D.S Najib dan kumpulan pemikirnya(think tank) melihat dan menyemak kembali tentang isu ganjaran ini keran tidak semua guru meminta diletakkan di sekolah kluster atu tidak. Tidak semua guru diupah setimpal apa yang dilakukan. Tidak semua guru mendapat perhatian atau ganjaran yang sepatutnya dia peroleh. Kejayaan seseorang murid atau sesebuah sekolah itu terletak pada semua faktor yang mendorongnya bermula dari pengawal sekolah, tukang kebun, guru , kerani , guru besarnya, sokongan PIBG nya dan akhir sekali prihatin kerajan memerintah.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons