Thursday, January 27, 2011

FELDA dan Tan Sri Isa

Sekalung tahniah..walupun agak terlewat saya ucapkan pada Tan Sri Isa samad kerana telah dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru. Satu tanggungjawab yang berat dan memegang amanah yang tinggi pada agama, bangsa dan harapan negara. namun semua tahu siapa Tan Sri Isa... Saya biasa tinggal di Felda Pasoh di daerah Jelebu selama 3 tahun semasa Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar N9 dahulu. Semua tahu siapa Tan Sri Isa. Ada yang panggil Isa Pendek, ada yang panggil Isa Brutos(selalu jadi musuh Popeye and the Sailor) dan pelbagai gelaran. Bagi saya Tan Sri Isa adalah seorang pemimpin yang memang fit to be in Felda. Beliau tahu ragam, helah, manis, masam kehidupan Felda ini kerana boleh dikatakan sebahagian dari N9 ini adalah Felda, Beliau biasa diangkat, dicemuh, disanjung, dijatuh dalam Felda terutama sewaktu Datuk Seri Rais bersama Semangat 48. Jelebu yang merupakan kubu kuat bagi Semangat 48 ini telah berjaya Tan Sri Isa and the team robohkan. Saya masih juga ingat bahawa Tan Sri Isa adalah orang yang mudah dibawa berbincang dan suka turun padang...cuma kadang-kadang tu lambat datang..biasalah manusia, bukan malaikat...
Pemilihan Tan Sri Isa juga adalah hadiah kesetian beliau kepada UMNO oleh Dato Seri Najib. Walaupun digantung akibat politik wang kononnya yang hanya terkena pada Tan Sri Isa seorang walaupun umum tahu politik wang besar yang lebih besar terselamat dari ditangkap... Tan Sri Isa tetap dengan UMNO. Beliau tak merajuk atau lari seperti Zaid ibrahim atau mana-mana yang lain..Kesetiaan beliau ditambah pula dengan kemenangan besar beliau dalam pilihanraya tahun lepas telah dibayar balik dengan bonus oleh Dato Seri Najib, dan bersesuaian dengan jawatan lama beliau sebagai MB, Pengerusi Felda amatlah sesuai untuk Tan Sri Isa. Harapan saya adalah agar Tan Sri teruskan usaha mencapai 5 aspirasi yang digariskan oleh PM untuk Felda, dan pada masa yang sama membuka Felda untuk bersama-sama arus perdana dan tidak hanya Felda untuk Felda tetapi Felda untuk Malaysia.

Tuesday, January 25, 2011

Tenang dan Interlok

Tenang tidak tenang lagi. Pada hari penamaan calon boleh dikatakan Tenang memang tenang tapi setelah kempen bermula, Tenang tidak lagi setenang yang disangka. Banyak isu-isu yang dibawa oleh pembangkang telah mengocak air yang tenang di Tenang. Isu-isu yang pastinya ada yang benar dan ada yang kurang benar. BN dengan kempen biasa mereka menabur derma-derma, basikal-basikal, hamper-hamper so semua orang yang 'merasa' akan berasa tenang. BN pasti menang, itu jangkaan saya yang dilihat dari perspektif D.S Najib memang telah dapat memikat hati pengundi yang dulunya terundi pembangkang. Karisma dan kempen Satu Malaysia memang cukup kukuh dan gah dimana pembangkang pun terasa susah nak pecahkannya atau tumbangkannya. Itulah D.S Najib, mentornya Tok Det. Beliau tidak gelojoh, tidak tamak tapi pandai bermain dengan hati manusia. Masyarakat Felda yang satu ketika menurunkan bendera BN, kini menaikkannya kembali. Tidak lupa kita pada isu Interlok walaupun pada saya isu ini amat kecil dan tidak akan mengganggu gugat undi pada BN, namun perlu juga dilihat sebagai satu isu nasional kerana melibatkan kaum India yang sudah lama di bumi Malaysia. Bagi saya buku itu tidak bersalah, yang bersalah adalah kepada sesiapa yang masih mengamalkan kasta, darjat dan kedudukan ini. Setidak-tidaknya Interlok telah membuka mata sesiapa yang pada era moden ini yang masih mengamalkan sistem kasta, atau dihatinya masih berkasta agar melupakan isu kasta ini. Manusia dilahirkan sama darjat dan kedudukan. Tiada ada yang berdarah selain dari darah merah. Maka kita yang hidup dalam kesedaran ini patut jadikan Interlok sebagai panduan untuk generasi masa hadapan. Ini adalah sejarah yang dahulunya ada, tidak dapat dipadamkan atau kita mahu menjadi hipokrit, namun jadikanlah ianya sebagai panduan dan pedoman sebagaimana Kunta Kinte memahamkan asal usulnya kepada anak cucunya. Usah terlalu emosional tapi jadilah insan yang rasional. Harapan kita Tenang akan menjadi tenang semula selepas ini dan Interlok akan jadi panduan kesedaran pada bukan sahaja kaum India namun semua kaum di Malaysia.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons