Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih...Satu Anjakan Perfileman Malaysia

Tarikh 19 May merupakan satu tarikh keramat bagi penggemar filem Melayu dengan pelancaran filem Nur Kasih. Saya sendiri salah seorang yang mengikuti sequal drama ini yang saya anggap satu drama yang telah mengangkat taraf drama Melayu selain dari filem-filem Tan Sri P.Ramlee dan Yasmin Ahmad yang saya anggap Tok Guru dalam bidang seni lakon Malaysia. Walaupun pengarah Khabir Bhatia bukannya dari Malaysia, kita beruntung beliau sanggup berkolobrasi dengan kita dan sedikit sebanyak ilmu yang ada itu dicurahkan pada anak-anak Malaysia dan inilah yang Tun Che Det sering menyatakan perkongsian pintar.
Tiada apa yang luar biasa dalam Nur Kasih, cuma satu cerita mudah yang mempunyai magisnya, mengajak kita merenung kembali tentang nilai-nilai Islam, kekeluargaan dan nafsu.  Tidak dinafikan, kredit juga harus diberikan pada semua watak yang telah berjaya memukau penonton untuk tidak lekang dari kaca televisyen. Kita tiap hari dihamburkan dan dijamukan dengan pelbagai filem. Saya menganggap setiap dari satu filem ini mempunyai nilai-nilai yang terentu. Setiap filem mempunyai kekuatan masing-masing cuma hanya sebilangan yang mampu mencetuskan fenomena ingin menonton itu pada kita. Kita amat berharap ramai lagi bakat-bakat di Malaysia, yang sememangnya anak Malaysia mampu keluar dari kepompong keselesaan atau hanya menghasilkan karya demi wang untuk sama-sama sebaris atau lebih dari Tan Sri P.Ramlee, Yasmin Ahmad, Khabir Bhatia dan tidak terlupa juga Afdlin Shauki yang saya anggap mempunyai magis dalam karya beliau yang mudah, fokus dan banyak mempunyai pengajaran pada kita.
Diharap juga agar Nur Kasih dapat membawa filem Malaysia ke antarabangsa seperti Upin dan Ipin. Diharap juga Nur Kasih mampu membawa penonton mempraktis nilai-nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam intipatinya.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons