Tuesday, February 1, 2011

Pulau Pinang dan Nasib Penjaja

Semalam seorang rakan saya merungut dikenakan kompoun RM150 disebabkan berniaga di tepi jalan. Beliau berniaga buah-buahan dan minuman di sekitar kawasan perindustrian memandangkan tiada punca rezeki lain. Pendapatan beliau pun bukanlah banyak sangat, sekadar boleh menampung perbelanjaan harian. Bagi beliau RM150 tu agak banyak. Namun pada mulanya saya menyalahkan beliau kerana tidak mengambil lesen penjaja. Saya katakan kalau lesen diambil takkan ada orang menyaman beliau. Namun yang saya agak terkejut dan hairan apabila beliau memberitahu saya, telah banyak kali memohon lesen penjaja  namun lesen penjaja di Pulau Pinang tidak dikeluarkan lagi. Pegawai yang dihubungi sendiri menyatakan beliau hairan kenapa tidak dikeluarkan lesen kepada penjaja yang boleh dikatakan separuh darinya adalah terdiri dari orang Melayu. Saya hairan kenapa peluang perniagaan tidak diberi kepada yang ingin berniaga. Adakah ini yang dikatakan kerajaan pembangkang ADIL?? Dimanakah keadilan sekiranya lesen yang sepatutnya digalakkan pengambilannya ini tidak diambil tahu. Rakan saya pun puas memikirkan masa hadapan beliau, tiada lesen, berniaga disaman...ntahlah. Apa yang saya dapat lakukan ialah memberi kata peransang tanpa surat kebenaran berniaga. Saya amat berharap agar kerajaan yang dikatakan adil ini dapat memikirkan satu mekanisme yang terbaik  bagi menyelesaikan kemelut ini. Janganlah kita bermegah menambak laut, membina banglo berjuta-juta harganya dan menara bertingkat-tingkat, nasib pengundi kita yang amat memerlukan wang halal berniaga kecil-kecilan kita lupakan.. Kita naik dari sumbangan undi mereka dan perlu ingat bahawa kita jatuh juga kerana undi mereka salah satunya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons