Thursday, April 2, 2015

GST ..bagilah orang faham

GST telah dilancarkan semalam.. lama saya tak tulis sini.. namun setelah melihat pelaksanaan GST semalam terlintas untuk menulis. Ayah saya sendiri diberi resit bodoh bertulis GST 6pct bila top up phone prepaid. Saya menyuruh ayah pergi semula ke kedai tersebut dan tanyakan mana nombor pendaftaran GST nya.

Perlaksanaan yang baik perlu dimulai dengan penerangan yang baik dari peringkat atasan hinggalah ke bawah. Pelaksanaan yang ada kini tidak begitu memahamkan golongan masyarakat umumnya. Penerangan yang tidak konsisten telah membawa pelbagai kecelaruan dan persepsi negetaf terhadap GST yang saya anggap baik namum perlu anjakan masa untuk melaksanakan kerana jurang masyarakat kampung dan bandar masih jauh.

Yang paling mudah adalah setiap kedai memaparkan harga yang mana naik...turun...atau tak berubah selepas pelaksanaan GST ini. Tak perlulah mempamirkan semua harga barangan di Malaysia, cukup hanya berdasarkan apa yang kedai tersebut jual. Bagi kedai prepaid poster PREPAID TIDAK DIKENAKAN GST perlu diletakkan di hadapan kedai agar pengguna 'alert' . Peletakan harga atau pelabelan mengikut warna juga perlu seperi warna merah bagi yang dikenakan GST harga naik, kuning bagi turun atau biru bagi yang tak berubah. Ini memudahkan pengguna tahu akan perubahan harga selepas GST.

Konsultan yang dilantik oleh kerajaan juga haruslah peka bahawa tidak semua masyarakat faham atau tahu tentang GST. Ianya perlu diwarwarkan dalam setiap akhbar, contohnya senarai harga barangan yang tidak berubah selepas GST. Saya juga telah membayuar beberapa kali GST mulai semalam seperti bayaran untuk RON 97..top up Touch N Go (pun kena!), air minuman bergas dan sebgainya. Namun ramai juruwang yang tidak faham akan pelaksanaan... yang mereka tahu GST 6pct dari harga barangan. Barangan mana yang dikenakan atau tak dikenakan pun masih belum faham sepenuhnya.

Maka saya menyeru agar pemahaman cara kampung iaitu dari 0 berperingkat untuk semua golongan masyarakat dilakukan dengan seheboh-hebohnya agar semua faham dan membayar dengan rasa penuh tanggungjawab dan berpuashati.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons