Thursday, July 19, 2012

Malaysia, Pereka muda dan Inovasi.

Sekarang ini sedang berlansung Community Research and Innovation Competition(CoRIC) 2012 di USM, Penang. Pemerhatian saya, memang potensi bakat muda kita di Malaysia amat menonjol kerana dari pemerhatian saya inovasi yang mereka paparkan amat bermutu dan pada hemat saya memang boleh dipasarkan.
Namun dari survey rambang yang saya buat, kebanyakan mereka berkata belum ada yang berminat. Ini amatlah mengecewakan kita kerana pereka-pereka muda ini amat berbakat dan inovasi yang mereka hasilkan juga amat bermutu atau marketable. Cumanya mungkin pemain industri diluar sana tidak tahu atas kewujudan mereka ini.
Saya berharap, pihak berwajib dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam mempromosi inovasi yang ada dan akan ada bagi membolehkan impak pemasaran yang kuat pada setiap inovasi yang dihasilkan. Janganlah semua hasil-hasil ini seperti biasanya, akan ke tong sampah dan tesisnya akan berkubur di celah-celahan buku atau tesis usang di kutubkhanah.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons