Thursday, July 14, 2011

BERSIH dan PEMBANGKANG

Perhimpunan BERSIH baru saja tamat dengan ada yang berkata ia berjaya dan ada yang berkata tidak. Ada yang memberi komen kena belasah ada yang memberi komen dilayan dengan amat baik. Pelbagai cerita ceritu dari pelbagai pihak diwarwarkan di kedai-kedai kopi hingga ke peringkat universiti serta jabatan kerajaan. DSAI seperti biasa, akan dibelasah dan keluar dengan rantai ajaib dilehernya serta kesan lebam tumbukan KO Dato Rahim dulu pun seperti masih kelihatan...hebat rupanya Rahim Noor ya..
Mat Sabu mengikuti Ambega hingga dia hilang punca..kebetulan ada anak sedaranya yang saya kenal berkata..Pak Lang ni lebih baiklah potong rumput dan lalang kat rumah sebelum dok pi buat demo BERSIH ni..bersihkan dulu rumah Pak Lang..
Yang nampaknya gentleman adalah Dato Seri Hadi Awang, yang bagi saya begitu bergaya dan segak dari awal hingga akhir. Inilah pemimpin sejati ISLAM.! Yang lain-lain tu ikut mungkin kerana prinsip dan mungkin kerana suka-suka. Yang dipukul tu kita harap banyak bersabar kerana anda berdegil untuk keluar walau diarah oleh pihak polis untuk keluar.. Mat Sabu menyatakan bahasa Malaysia masih kurang demokrasinya berbanding negara Thai, Filipina, Indonesia mahupun Singapura.
Sekiranya Mat Sabu belajar betul-betul, kenyataan yang sebaliknya dikeluarkan dan sekiranya individu seperti Mat Sabu ini ada di Singapura, rasanya belum sempat ke BERSIH sudah disapu BERSIH ke ISA.
Perlu kita ketahui bahawa perbuatan demo di Indonesia berlaku bukannya kerana dorongan partai pembangkang tapi kerana ianya demo rakyat menentang Presiden. Mereka bukan berdemo kerana parti kerajaan atau menetang sesuatu parti. Mereka berdemo rakyat iaitu bergabung menjatuhkan bapak Presiden
.Di Malaysia, dah habis negeri-negeri lain tunduk terus. Maka fikir-fikirkanlah sama tuan-tuan dan puan-puan..Kalau musnah kota Melaka boleh lagi ke kota lain..kalu musnah semua kota.tak sempat dah kita nak lari..maka jadilah org dari semenanjung yang mencinta ayat-ayat akademia yang lebih waras

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons