Tuesday, July 5, 2011

BERSIH kan dunia Akademik

Artikel oleh PROF. DR. MUHAMMAD SYUKRI SALLEH, USM, telah membuka mata ramai yang belum sedar atau memang sedar tapi buat-buat tak sedar tentang politik dalam kampus dikalangan para pensyarah bukan sahaja baru tapi hingga ke taraf Profesor. Perkara ini memang benar-benar berlaku di mana-mana sahaja. Ramai yang tidak berani bersuara oleh kerana akan mengancam periuk nasi masing-masing. Tindakan mungkin dikenakan dan pelbagai aspek dendaan yang 'nampak' mahupun 'tidak nampak' akan dialami.
Sekiranya ini dilihat ianya adalah berkait rapat dengan kehendak atasan iaitu KPI. Semua perkara mempunyai KPI nya masing-masing dan kajian atau research ini adalah satu KPI yang perlu dicapai. Pada yang mempunyai ruang masa dan genuine professor mampu menulis pelbagai kajian yang boleh dirujuk di peringkat antarabangsa..namun yang sibuk dan mengejar dunia glamour akademik, terpaksa menyuruh staf atau para pelajar membuat satu kajian dan akhirnya nama beliau akan keluar sebagai penyelidik utama. Saya rasa kawan-kawan atau bekas Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh di Ilmu Kemanusiaan,USM pun ada yang terlibat dan ianya tidak terhad di USM sahaja malahan di semua universiti baik tempatan mahupun luar negara. Namun sekiranya boleh usaha perlu dijalankan di peringkat universiti itu dahulu demi menjaga nama, intergriti semua yang terlibat. Bersihkanlah semua profesor boncengan ini dan semua kekotoran dalam dunia akademik dan sasaran KPI itu...lihatlah semula.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons