Monday, July 4, 2011

BERSIH

Fenomena baru yang bakal bukan membangunkan ekonomi atau frasarana..tetapi yang bakal meruntuhkan apa yang kita bina selama ini..dan dibawa oleh seorang bekas Presiden Majlis Peguam...satu badan tersohor dalam bidang perundangan negara. Saya bukan orang politik, saya bukan warga yang ada kepentingan, hanya para marhain yang cuma inginkan keamanan negara tercinta Malaysia. Apakah kita selama ini dibelenggu dengan kesusahan. Saya bebas di bumi bertuah ini. Tiada siapa yang menangkap saya. Tiada siapa yang mengganggu saya. Tiada siapa yang meminta paspot apabila saya merentasi setiap negeri di Malaysia. Jadi...kenapa perlu adakan perhimpunan Bersih ini dengan mengatakan negara Malaysia ini tidak bersih. Yang tidak bersih itu adalah anda yang menganjurkannya dan mengheret orang lain yang tidak tahu punca untuk bersama-sama kononnya membersih Malaysia. Sedarkah anda, anda akan menghitamkan satu catatan dalam sejarah pembangunan moden Malaysia. Anda akan memberi kesusahan pada ramai orang bukan sahaja warga tempatan malah warga luar yang berkunjung.
Yang saya ingin perjuangkan disini adalah agar kerajaan memerintah menghargai orang Melayu yang selama ini sanggup menjadi peon, cuci longkang dsbnya dibumi bertuah ini. Dengan upah yang saya rasa seorang menteri boleh belanjakan dengan sekali makan di hotel Concorde, mereka bertungkus lumus mencarinya untuk perbelanjaan keluarga sebulan. Ada pendapat yang memberitahu saya, itu nasib mereka, kenapa tidak mereka berubah, kenapa mereka boros dsbnya.. Mudah bagi yang berkata kerana beliau di atas. Sesiapapun di dunia ini ingin kemajuan..kemajuan negara, kemajuan keluarga dan kemajuan diri sendiri namun tidak semua dapat merasai atau memperolehinya. Mana-mana struktur di mana-mana negara pun sama namun walaupun negara Jepun ada tukang cucinya, peonnya tapi pendapatan mereka tidaklah serendah Malaysia.
Saya amat berharap..dari kita bertelingkah berebut kuasa, cubalah duduk semeja, kaji semula, renung kembali nasib pekerja bawahan ini yang bagi saya di bawah paras kemiskinan. Bayangkan apa RM500 boleh dibuat pada satu keluarga yang mempunyai anak 4 orang. Mudah bagi kita mengatakan...berjimatlah...Negara Malaysia bumi bertuah ini telah disajikan dengan KLCC, KLIA, Broadband, 3G, 4G...tidak malukah kita sekiranya ada rakyat yang masih menderita? Jangan kita bandingkan kita dengan Indonseia atau Filipina...kerana Malaysia adalah Malaysia. Kita berjalan, kita berlari dengan cara sendiri, acuan kita, maka bentuklah acuan tersebut seelok, semolek dan seindah yang perlu agar semua yang ada dapat hidup selesa di bumi anugerah Allah s.w.t ini. Maka sebelum kita membersihkan sesuatu, BERSIHKANLAH hati dan diri kita ini dari gejala-gejala yang tidak bersih ini.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons