Tuesday, January 25, 2011

Tenang dan Interlok

Tenang tidak tenang lagi. Pada hari penamaan calon boleh dikatakan Tenang memang tenang tapi setelah kempen bermula, Tenang tidak lagi setenang yang disangka. Banyak isu-isu yang dibawa oleh pembangkang telah mengocak air yang tenang di Tenang. Isu-isu yang pastinya ada yang benar dan ada yang kurang benar. BN dengan kempen biasa mereka menabur derma-derma, basikal-basikal, hamper-hamper so semua orang yang 'merasa' akan berasa tenang. BN pasti menang, itu jangkaan saya yang dilihat dari perspektif D.S Najib memang telah dapat memikat hati pengundi yang dulunya terundi pembangkang. Karisma dan kempen Satu Malaysia memang cukup kukuh dan gah dimana pembangkang pun terasa susah nak pecahkannya atau tumbangkannya. Itulah D.S Najib, mentornya Tok Det. Beliau tidak gelojoh, tidak tamak tapi pandai bermain dengan hati manusia. Masyarakat Felda yang satu ketika menurunkan bendera BN, kini menaikkannya kembali. Tidak lupa kita pada isu Interlok walaupun pada saya isu ini amat kecil dan tidak akan mengganggu gugat undi pada BN, namun perlu juga dilihat sebagai satu isu nasional kerana melibatkan kaum India yang sudah lama di bumi Malaysia. Bagi saya buku itu tidak bersalah, yang bersalah adalah kepada sesiapa yang masih mengamalkan kasta, darjat dan kedudukan ini. Setidak-tidaknya Interlok telah membuka mata sesiapa yang pada era moden ini yang masih mengamalkan sistem kasta, atau dihatinya masih berkasta agar melupakan isu kasta ini. Manusia dilahirkan sama darjat dan kedudukan. Tiada ada yang berdarah selain dari darah merah. Maka kita yang hidup dalam kesedaran ini patut jadikan Interlok sebagai panduan untuk generasi masa hadapan. Ini adalah sejarah yang dahulunya ada, tidak dapat dipadamkan atau kita mahu menjadi hipokrit, namun jadikanlah ianya sebagai panduan dan pedoman sebagaimana Kunta Kinte memahamkan asal usulnya kepada anak cucunya. Usah terlalu emosional tapi jadilah insan yang rasional. Harapan kita Tenang akan menjadi tenang semula selepas ini dan Interlok akan jadi panduan kesedaran pada bukan sahaja kaum India namun semua kaum di Malaysia.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons