Thursday, May 12, 2011

Makanan dan Pemakanan kanak-kanak Malaysia

Tidak tahu dari mana timbulnya isu makanan dan pemakanan ini sampaikan menjadi isu besar nasional akibat peniaga tidak dapat menjual nasi lemak sekerap yang boleh. Saya salah seorang yang mengambil nasi lemak purata 4 hari seminggu ini merasakan tidak adil nasi lemak dipersalahkan. Banayak lagi makanan lain yang mempengaruhi kadar obes kanak-kanak.
Sewaktu saya di Jepun dahulu, saya dibiasakan dengan cara pemakanan yang diamalkan oleh orang Jepun. Kenapa nyawa orang Jepun ini panjang, dan ini merupakan persoalan yang sering dijawab dengan cara pemakanan dan pengambilan jumlah kalori yang betul. Ini dapat dilihat di hampir semua kantin-kantin terutamanya milik kerajaan dimana setiap makanan ditulis jumlah kalorinya. Maka apabila proses pembelian makanan ini berlaku, masing-masing membeli berpandukan keperluan kalori. Di sekolah pula, boleh dikatakan tiada kantin. Bila tiba waktu rehat, ada pembantu yang membawa makanan ke kelas dan para pelajar akan memakan makanan yang sama yang telah ditetapkan menunya oleh kementerian pelajaran dan kesihatan, dan mereka sama-sama menjamah makanan yang disediakan. Inilah salah satu faktor yang membolehkan Jepun melakaukan revolusi pemakanan seluruh rakyat dan hasilnya, sudah kurang orang Jepun yang tipikalnya rendah atau pendek. Jepun telah dapat keluar dari kepompong saiz badan yang membelenggu mereka dan saya berpendapat,tanpa menyalahkan nasi lemak, kerajaan haruslah memikirkan cara terbaik, profesional dan munasabah dalam menangani isu pemakanan dan makanan di kalangan murid-murid sekolah khususnya. Kasihanilah nasi lemak ini yang boleh dikatakan makanan Malaysia atau Melayu khususnya. Belajar dari negara-negara yang maju bukan dari segi pembangunannya sahaja namun dari pelbagai segi kerohaniannya juga.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons