Saturday, May 14, 2011

Rasuah dan Punca

Saya bertemu dengan seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan berbual mengenai gejala rasuah. Beliau menimbulkan persoalan bahawa kenapa sesetengah yang sudah berpangkat tinggi masih mengambil rasuah sedangkan kalau dilihat dari gajinya sudah atau lebih dari mencukupi.Selalunya pada pandangan beliau orang yang tidak cukup duitlah yang akan senang menerima rasuah.

Jawapan saya pada beliau, tidak kira kaya atau tidak, bergaji tinggi atau rendah, berpangkat tinggi atau rendah ianya bergantung pada iman seseorang, intergritinya, maruahnya dan paling penting tahap aksesnya. Maksud saya sekiranya seseorang itu mempunyai akses yang lebih luas, gejala rasuah ini akan lebih mudah untuk dia terlibat berbanding pada yang aksesnya kurang atau tiada lansung. Contohnya, seorang guru biasa, aksesnya hanya pada anak muridnya. Dia tidak terlibat dalam pemberian tender, penentuan sesuatu belian dsbnya. Sudah tentu akses-akses tersebut pada superiornya yang akan menentukan itu dan ini. Seorang vendor tidak akan membawa hamper atau lain-lain pemberian kepada seorang tukang kebun melainkan si tukang kebun ini mempunyai akses untuk membenarkan barangan beliau digunakan di kebun yang diurusinya.

Kesimpulannya mudah, lagi luas bidang akses atau kuasanya, lebih mudah dia terdedah kepada gejala rasuah ini tidak kira kedudukan dan pangkat. Yang penting kita perlu ingat, ianya adalah najis dan gejala sosial dan rohani yang paling buruk dan hina disisi agama dan dunia. Gunakanlah akses dan bidang kuasa kita dengan ikhlas, tulus dan niat yang suci agar negara Malaysia dirahmati olehNya.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons