Wednesday, May 11, 2011

Politik Kutuk Mengutuk

Sebagai seorang Islam, saya merasakan sesuatu pembaharuan perlu dilakukan agar politik Malaysia, khususnya orang Islam tidak kutuk mengutuk, hina menghina, menamakan seseorang itu dengan pelbagai nama yang jelek. Ini boleh mempamerkan kematangan seseorang itu dalam berpolitik. Walaupun tidak ada garis khas yang membataskan seseorang itu untuk mengeluarkan apa jua kenyataan, namun sebagai seorang Islam, garis panduan khas itu harus ada pada setiap individu yang berlandaskan hukum hakam Islam. Kutuk mengutuk hingga mengaibkan seseorang itu haruslah ditamatkan dan berdebatlah secara profesional, berhemah dan berakademik walaupun sedikit. Kematangan dalam isu yang dikemukakan itu akan menjurus kepada kehebatan seseorang itu dalam menjaja isu sebenar. Bukannya menghina nama orang, mengutuk dengan panggilan yang dibenci orang dan sebagainya.
Kita pula sebagai pendengar yang bermaruah haruslah menegur sekiranya perkara-perkara yang tidak Islamik ini berlaku. Janganlah pula ianya disambut dengan tepukan tanda sokongan kerana sekali kita menyokong, dosa juga dikongsi bersama. Janganlah kita hanya mengaku Islamik namun tindak tanduk kita jauh lebih keji dari puak kafir. Nawaitu itu harus disempurnakan dengan perbuatan yang ikhlas, luhur dan disukai Islam. Wallahualam..

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons