Sebagai seorang Islam, saya merasakan sesuatu pembaharuan perlu dilakukan agar politik Malaysia, khususnya orang Islam tidak kutuk mengutuk, hina menghina, menamakan seseorang itu dengan pelbagai nama yang jelek. Ini boleh mempamerkan kematangan seseorang itu dalam berpolitik. Walaupun tidak ada garis khas yang membataskan seseorang itu untuk mengeluarkan apa jua kenyataan, namun sebagai seorang Islam, garis panduan khas itu harus ada pada setiap individu yang berlandaskan hukum hakam Islam. Kutuk mengutuk hingga mengaibkan seseorang itu haruslah ditamatkan dan berdebatlah secara profesional, berhemah dan berakademik walaupun sedikit. Kematangan dalam isu yang dikemukakan itu akan menjurus kepada kehebatan seseorang itu dalam menjaja isu sebenar. Bukannya menghina nama orang, mengutuk dengan...