Ramai manusia yang inginkan kebahagian. Adakah Azizah dapat apa yang diinginkan?? Saya rasa beliau sudah sampai ke tahap lebih dari itu. Kesetiaan beliau terhadap Anwar bagi saya, satu pengorbanan mulia seorang isteri pada suami. Cuma harapnya, Anwar menghargai apa yang telah dilakukan oleh Azizah. Senyum Azizah walau tak seindah dan seikhlas sewaktu Anwar menjadi TPM dalam kerajaan, jelas mempamirkan keperitan, kepayahan yang beliau terpaksa hadapi walaupun bukan itu hasrat dan cita-cita beliau sewaktu dinikahi Anwar. Bagi saya, sekilas melihat Azizah kita tahu bahawa beliau seorang simple lady, yang inginkan suami, anak-anak bahagia hingga ke hari tua. Beliau tidak mungkin membayangkan kehidupan beliau sekarang pada waktu itu.
Apa pun, yang terjadi harus dihadapi, yang terhenti harus diterusi dan yang terminum itu harus ditelan. Harapan saya agar Azizah akan terus tabah kerana tuhan tahu apa yang anda hadapi dan lalui dan doa saya agar ketenangan bersama beliau.
0 ulasan:
Post a Comment