Monday, November 22, 2010

Orang Malaysia dan Politik

Rata-rata di mana jua anda berada anda akan mendengar cerita politik di Malaysia. Bukan sahaja ekslusif untuk orang-orang tertentu sahaja malahan semua golongan tak kira peringkat umur, bangsa dan agama. Kuatnya orang Malaysia berpolitik hingga sanggup bergaduh, bertumbuk, mencaci, menggunakan sentimen agama dan perkauman. Begitulah hebatnya orang Malaysia berpolitik. Sanggup tidak bertegur sapa, sanggup membuat ibadah korban di kem masing-masing, sanggup menukar warna rumah demi perjuangan politik. Kalaulah kuatnya berpolitik orang Malaysia ini sama kuatnya beragama dan bekerja, sudah tentu Singapore jauh ketinggalan di belakang.
Saya masih ingat ketika berada di Jepun, saya ternampak satu kumpulan manusia yang rasanya tidak lebih dari 100 orang berkumpul mendengar syarahan di tepi jalan. Setelah meneliti keadaan dan melihat ramainya anggota polis rupa-rupanya yang berucap adalah salah seorang bekas perdana menteri Jepun.Agak terkejut kerana kalau di Malaysia, bukan saja perdana menteri, ahli yang baru nak jadi YB saja berucap tak kurang 5 ke 6 ratus orang mendengar, inikan pula yang berucap itu perdana menteri. Hakikatnya, masyarakat Jepun ramai yang tidak mengenali siapa ahli-ahli politik mereka. Ini mungkin ada pro dan kontranya. Tapi yang kita tahu, Jepun maju kerana ekonominya, bukan perdana menterinya yang datang dan pergi begitu cepat.
Kalau diletak orang-orang Malaysia di Jepun, meriahlah politik Jepun dan kalau dibawa orang Jepun ke Malaysia, sunyilah politik Malaysia tapi... majulah ekonomi Malaysia...

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons