Sekalung tahniah..walupun agak terlewat saya ucapkan pada Tan Sri Isa samad kerana telah dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru. Satu tanggungjawab yang berat dan memegang amanah yang tinggi pada agama, bangsa dan harapan negara. namun semua tahu siapa Tan Sri Isa... Saya biasa tinggal di Felda Pasoh di daerah Jelebu selama 3 tahun semasa Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar N9 dahulu. Semua tahu siapa Tan Sri Isa. Ada yang panggil Isa Pendek, ada yang panggil Isa Brutos(selalu jadi musuh Popeye and the Sailor) dan pelbagai gelaran. Bagi saya Tan Sri Isa adalah seorang pemimpin yang memang fit to be in Felda. Beliau tahu ragam, helah, manis, masam kehidupan Felda ini kerana boleh dikatakan sebahagian dari N9 ini adalah Felda, Beliau biasa diangkat, dicemuh, disanjung, dijatuh dalam Felda...