Friday, May 30, 2008

KJ satu liabiliti UMNO

Selepas PRU 12 , ramai yang tahu di antara punca kekalahan dan kekurangan undi untuk BN adalah kerana KJ. Ramai yang tidak suka, benci, meluat pada sikecil yang merasakan beliau besar ini. Namun tidak ada seorang pun yang berani menyatakan yang si KJ ini adalah beban atau faktor kekalahan besar UMNO hinggalah anak Tok Det , Mukhriz mengeluarkan kenyataannya yang saya baca di Utusan Malaysia. Syabas, tabik hormat saya pada Mukhriz kerana berani menyatakan apa yang pemimpin-pemimpin senyap UMNO tidak berani katakan. Termasuklah seorang pemimpin lembik yang cuba mengangkat keris pada satu ketika sehingga menyebabkan ramai orang bukan Melayu larikan undi BN ke parti lawan... namun, tidak perlulah meminta maaf.. sandiwara anda perlu diteruskan lagi dan kalau tak mampu jadi Melayu sejati, bagi saja...

Friday, May 23, 2008

Katak Terkeluar dari Tempurung

Perkembangan politik UMNO dan Tok Det kalau dilihat telah juga menjangkiti kaum keluarga Tok Det. Banyak katak-katak yang sebelum ini berada di bawah tempurung telah keluar menjerit-jerit memanggil hujan. Agar, hujan yang di atas akan "mula kenal" katak yang memanggilnya. Hari ini di akhbar-akhbar tempatan, ramai dari pemimpin Pemuda UMNO negeri mengambil kesempatan berharga yang mungkin dapat mempromosi nama mereka, menghentam anak Tok Det,Mukhriz ,agar jangan "mengugut", jangan itu dan jangan ini. Siapa mereka ini? Kalau manusia minda kelas pertama melihat apa yang dilakukan oleh Mukhriz ini hanya satu pernyataan kecewa beliau. Siapa Mukhriz untuk mengugut Pak Lah dan semua orang tahu bahawa Pak Lah lebih tinggi kedudukannya dalam UMNO dan Pak Lah tidak perlu rasa tergugat pun sekiranya...

Thursday, May 22, 2008

Ciritera Umno dan Tok Det

Kalau diikut dari pengamatan orang kampung, UMNO adalah parti keramat yang tak akan hancur. Kalau diamati dan dilihat dari senario sekarang bolehlah disediakan kain kapan dan dilantik imam untuk bacakan talkin buat UMNO. Orang yang paling sesuai adalah Tok Det. Bagi saya, Tok Det adalah UMNO dan UMNO adalah Tok Det. Selama 22 tahun Tok Det telah membina, mengangkat martabat, menjulang nama dan mengantarabangsakan UMNO. UMNO telah dilihat sebagai tunjang kejayaan kerajaan Malaysia yang boleh dikatakan dibina dari 'scrap'.Maka dilihat dari senario sekarang tidaklah terkejut dan tidaklah kita hairan bila Tok Det sanggup keluar dari UMNO. Jika diletakkan kita di tempat Tok Det, tindakan yang sama juga akan kita ambil. Keluarga yang kita bina, jaga dan sayangi seperti menunggu retak menanti belah.....

Page 1 of 912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons