Friday, April 3, 2015

Telco, Peniaga dan GST

Tiba-tiba pagi ini terdengar dari corong radio, syarikat-syarikat TELCO tetap mengekalkan GST 6pct. Ini merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan iaitu Kastam Malaysia kerana semalam telah tersebar surat dari pihak Kastam yang menyatakan tiada GST ke atas Top Up prepaid. Persoalannya di sini, siapakah yang mempunyai autoriti menentukan GST ini?? Adakah pihak peniaga sewenang-wenangnya menentukan samada mereka mahu atau tidak. Di sini diharap agar pihak berkuasa, iaitu pihak Kastam DiRaja Malaysia lebih 'firmed' dalam menentukan penguatkuasaan undang-undang percukaian ini. Kita tidak mahu dilihat sistem yang hanya sehari dua berjalan ini ditertawakan orang kerana kelohongan dibeberapa seksyen. Resit bertulis tangan 6pct dan rungutan peniaga kecil yang dikenakan cukai GST oleh pembekal...

Thursday, April 2, 2015

GST ..bagilah orang faham

GST telah dilancarkan semalam.. lama saya tak tulis sini.. namun setelah melihat pelaksanaan GST semalam terlintas untuk menulis. Ayah saya sendiri diberi resit bodoh bertulis GST 6pct bila top up phone prepaid. Saya menyuruh ayah pergi semula ke kedai tersebut dan tanyakan mana nombor pendaftaran GST nya. Perlaksanaan yang baik perlu dimulai dengan penerangan yang baik dari peringkat atasan hinggalah ke bawah. Pelaksanaan yang ada kini tidak begitu memahamkan golongan masyarakat umumnya. Penerangan yang tidak konsisten telah membawa pelbagai kecelaruan dan persepsi negetaf terhadap GST yang saya anggap baik namum perlu anjakan masa untuk melaksanakan kerana jurang masyarakat kampung dan bandar masih jauh. Yang paling mudah adalah setiap kedai memaparkan harga yang mana naik...turun...atau...

Page 1 of 912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons