Semalam seorang rakan saya merungut dikenakan kompoun RM150 disebabkan berniaga di tepi jalan. Beliau berniaga buah-buahan dan minuman di sekitar kawasan perindustrian memandangkan tiada punca rezeki lain. Pendapatan beliau pun bukanlah banyak sangat, sekadar boleh menampung perbelanjaan harian. Bagi beliau RM150 tu agak banyak. Namun pada mulanya saya menyalahkan beliau kerana tidak mengambil lesen penjaja. Saya katakan kalau lesen diambil takkan ada orang menyaman beliau. Namun yang saya agak terkejut dan hairan apabila beliau memberitahu saya, telah banyak kali memohon lesen penjaja namun lesen penjaja di Pulau Pinang tidak dikeluarkan lagi. Pegawai yang dihubungi sendiri menyatakan beliau hairan kenapa tidak dikeluarkan lesen kepada penjaja yang boleh dikatakan separuh darinya adalah...