Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

16 May adalah hari guru. Ingin saya kalungkan ucapan selamat hari GURU kepada semua guru-guru saya, rakan-rakan keguruan. Pelbagai suka duka menjadi guru adalah satu yang tidak ternilai berbanding penghargaan yang diperoleh oleh seseorang guru itu. Masyarakat ada yang masih mempunyai nilai hormat pada guru, ada yang kurang dan ada yang tiada lansung. Yang tiada lansung itu harus difikir-fikirlah masa lampau yang membentuknya menjadi manusia..sekiranya jadi manusia...
D.S Najib telah mengkategorikan golongan guru kepada 4 bahagian utama yang mana ada pro dan kon bagi saya. Ini adalah kerana manusia tetap manusia...pelbagai kelemahan yang dicari dan dapat dicari. Nilai guru itu bukanlah terletak kepada kategori-kategori ini sekiranya guru itu dianggap lilin yang membakar diri. Resam semua tahu, dan ada yang buat-buat tak tahu walaupun dia tahu, pemilihan guru-guru untuk kenaikan pangkat ini bukannya semua tulus ikhlas atau secara terbuka. Sesetengahnya sememangnya amat layak..namun sesetenganya sekira dinilai dari nilai kerja, tidak pun layak dipanggil guru namun tiba-tiba menjadi guru pendeta... kategori teratas dalam 4 kategori yang diwacanakan oleh D.S Najib. Ini juga tidak dapat dinafikan, atas dasar usaha sipolan itu...bukan mengajar, namun melobi..membodek, mengipas dan sebagainya. Ada yang menjadi 'anak emas' bos atau orang atas kerana rajin menghantar kek harijadi, kad ucapan selamat hari guru, hari raya dan sebagainya... manusia itu kan lemah dipuji, dibodek inikan pula disogok.
Bukanlah saya untuk menafikan apa yang telah diusahakan oleh D.S Najib, namun kita berharap perlaksanaannya itu betul-betul dapat melahirkan insan yang bergelar Guru Pendeta itu agar nilai hormat masyarakat dapat dipulih dan diangkat semula agar para guru yang sememangnya mempunyai niat berkorban untuk mengajar ini dapat diberikan sedikit penghargaan. Bukan nama yang dicari, bukan gelaran yang dipinta namun sedikit hormat sudah cukup menggembirakan jiwa guru yang benar-benar berusaha.
SELAMAT HARI GURU...BUAT SEMUA GURU YANG DIHORMATI.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons