Tiba-tiba pagi ini terdengar dari corong radio, syarikat-syarikat TELCO tetap mengekalkan GST 6pct. Ini merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan iaitu Kastam Malaysia kerana semalam telah tersebar surat dari pihak Kastam yang menyatakan tiada GST ke atas Top Up prepaid.
Persoalannya di sini, siapakah yang mempunyai autoriti menentukan GST ini?? Adakah pihak peniaga sewenang-wenangnya menentukan samada mereka mahu atau tidak. Di sini diharap agar pihak berkuasa, iaitu pihak Kastam DiRaja Malaysia lebih 'firmed' dalam menentukan penguatkuasaan undang-undang percukaian ini. Kita tidak mahu dilihat sistem yang hanya sehari dua berjalan ini ditertawakan orang kerana kelohongan dibeberapa seksyen.
Resit bertulis tangan 6pct dan rungutan peniaga kecil yang dikenakan cukai GST oleh pembekal terhadap susu, daging dan susulan dari itu mereka terpaksa menaikkan harga, adalah tidak wajar. Perkara melepas tangan dan kesalahan kepada pihak lain ini haruslah dikaji lama dahulu sebelum GST dikuatkuasakan. Sekarang, siapa yang harus dicari atau dipertanggungjawabkan. Masing-masing menuding jari dan mahu dilihat tidak mengenakan GST 6pct.
Oleh yang sedemikian, penguatkuasaan, kempen berterusan haruslah dijalankan hingga ke penduduk kampung agar pelaksanaan murni ini dapat direalisasikan dengan seadil dan sebijaknya. Kepada pihak yang sentiasa ingin menyalahkan orang, ingat, keuntungan yang anda peroleh itu adakah beretika dan halal bagi yang Muslim. Wallahualam...